Isnin, 31 Januari 2011

Petronas: Happy Chinese New Year!

Hello Everybody!.kami ingin mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' pada kaum cina dan moga tahun Arnab ini akan membawa lebih ''ong''. Uncle / Auntie mana angpow maa?.hehe. Berbalik kepada tajuk utama kita tadi, setiap perayaan kita mesti akan melihat iklan Petronas di kaca televisyen. Iklan yang dipaparkan juga begitu mendalam maksudnya dan bagi saya iklan petronas semuanya best2. Mari kita ZASSSSS video CNY2011 dari Petronas!



Ps: Good Job Petronas!, iklannnya sungguh menyentuh perasaan.
''Its easy to put a smile on their faces'' Gong Xi Fa Cai! - Petronas

Piala Sultan Ahmad Shah- Kelantan tewaskan Selangor 2-0

Kelantan telah  mencipta sejarah dengan menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam. Tahniah diucapkan! Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro.

Ahad, 30 Januari 2011

Slot bikin HOT : Please Give Me One Million Dollar !!

Ho hoi semua!. Hari ini kita nak cite pasal seorang lelaki yang berjaya dapat satu juta dollar ni, ONE MILLION DOLLAR. Anda kenal? Anda Tahu? Siapa lagi kalau bukan Mr. Craig bukan Mr. Crab dalam Spongebob tu ye. Saya pun agak terkejut akhirnya dia berjaya juga selepas beberapa bulan mencuba di laman 'youtube', So jom kita ZASSS sedutan video pertama dan video terakhirnya yang mengatakan dia berjaya. Saluteeee!!

First Video!


Final-Success Video!


PS : Congratz tu craigrowin atas kejayaan beliau. Suspek lu bro! wa pun nak juga la 1 JUTA, tapi wa tak mahu DOLLAR, nak RINGGIT MALAYSIA sahaja. sila bank in ke akaun saya.Boleh?? hahaha. Mimpi la wey!

Jumaat, 28 Januari 2011

Lihat tangga ini pula !

Anda biasa lihat ini. Batu Caves di Selangor siapa tak tahu angkat tangan? small matter broo..


Yang bawah ini macam mana pulak ? Ada berani? hehehe

PS: Mati hidup semula pun wa talak naik ini tangga, mau ter-slip.. memang sleeping beauty forever wa cakap sama lu

Riuh pagi :1malaysia.com Di HACK

Tahukah anda laman web sosial 1malaysia.com tidak dapat diakses ketika ini?. Mengikut sumber yang dipercayai, laman web tersebut telah dihack atau digodam oleh pihak yang tak bertangungjawab. Seterusnya ini telah menunjukkan kelemahan dalam sistem sekuriti laman web tersebut. Ada juga kebaikannya ek. Apa-apa pun kita tunggu saja lah apa pembaharuan yang akan dilakukan oleh admin laman tersebut lepasni.

Ps: Kalau macam ni la jadinya, macam mana nak ganti Facebook? Sistem sekuriti facebook jauh lebih stabil - kata Mark Zuckerberg . hehehe

 
''Facebook takes safety very seriously and strives to create an environment where everyone can connect and share comfortably.''

10 Konsep Produk Apple

Hallo semua, kami telah menemui 10 konsep produk Apple yang mungkin anda harapkan ia realiti. Jom kita ZASSS..

1.Tribook
Sesiapa yang menggunakan konfigurasi dual-screen pasti akan menghargai idea ini. Anda boleh perlbagai kan kerja dan dengan lebih lebar touchpad

2.IShow
Projektor mudah alih ini akan memberi anda kombinasi yang lengkap dengan iPhone. Ia memudahkan anda berkongsi media dimana jua anda berada.
3.iPod Slide
Anda kenal ipod? Kini dengan Ipod slide akan membuat anda bergaya dengan fungsi touchscreen untuk memudahkan anda memainkan lagu tanpa henti.
4.MacBook Touch
MacBook touch bukanlah laptop yang mempunyai dual-screen, tetapi ia dilengkapi OLED touch screen yang menawarkan sesuatu di luar dugaan anda.
5.iRing
Kini dengan konsep iRing yang membolehkan anda mengawal bluetooth i-peranti. Dengan memusingkan cincin tersebut, anda boleh mengawal volume dan memainkan lagu.
6.Magic Book
Dengan design yang futuristik, anda akan memperoleh laptop yang tidak mempunyai butang di keyboard tetapi digantikan dengan trackpad 
7.GameDock

8.Docking Storage

9.OS Calculator

10.iPhone Color


 PS : Saya harapkan ia akan muncul suatu hari nanti. Anda pula ?

Khamis, 27 Januari 2011

Slot Heran tak heran

Nak bagitahu orang ramai yang muto ni boleh angkut sorang je ye.hehe

Sanggup beli ke ?

Ni model baru proton, akan dilancar pada tahun 2085.haha

Siapa kata batman tak wujud ?

Kalau macam ni la, masuk-masuk je terus insaf !

Macam ini pun ada ke? design baru ke atau prototype nak buat rokok tahan setahun.hehe

Rabu, 26 Januari 2011

Insomnia: Realiti kehidupan atau Penyakit?

Hello u'all? Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit pasal Insomnia ni disebabkan saya pun tengah buat research untuk paper sikit. Sharing is caring rite?. Jadi sesiapa yang mempunyai maklumat pasal entri kali ini. Bolehla berkongsi dengan saya, emelkan saja. Insomnia? Anda pernah dengar tak? Tahu ape dia insomnia?Ok mari kita ZASSSSSS



 Apa itu Insomnia ?
Insomnia ditakrifkan sebagai kesukaran untuk tidur atau mengekalkan tidur untuk suatu jangka masa. Ia disebabkan oleh kurangnya kualiti dan kuantiti tidur yang diperlukan. Insomnia boleh terjadi kepada setiap lapisan masyarakat tidak kira yang muda atau tua dan kes yang selalu terjadi selalunya melibatkan orang dewasa. Secara umumnya, perempuan selalunya akan alami berbanding lelaki. Penyakit? Kalau dah main game dan melayari internet sampai ke pagi itu cari penyakit namanya. hehe
3 Jenis Insomnia
  • Jangka Sementara (Insomnia berlaku satu minggu atau kurang)
  • Jangka Pendek ( Insomnia berlaku lebih satu minggu tapi dapat diselesaikan kurang dari tiga minggu)
  • Jangka Panjang(Insomnia lebih dari tiga minggu. Ini tahap kronik)
Punca Insomnia ?
  1. Penceraian atau perpisahan
  2. Kematian seseorang
  3. Faktor persekitaran ( Panas, Sejuk, Bising, Sunyi )
  4. Faktor Kesihatan (Demam, Mengandung, Period, Obesiti)
  5. Penggunaan Dadah
  6. Merokok
  7. Alkohol
  8. Penggunaan Kafein sebelum tidur
  9. Stress
  10. Ubat tertentu
  11. Kerja Syif yang tidak menentu 
 Macam mana nak tahu ada ke tak?
Gejala Imsomnia
  1. Mood yang berubah-ubah
  2. Tidak bertenaga
  3. Sakit kepala
  4. Kurang fokus dan perhatian di tempat kerja
  5. Penurunan prestasi kerja
  6. Mengantuk di waktu siang
  7. Penat di waktu siang

Cara atasi Insomnia ? 
  1. Tidur sebanyak mungkin untuk berehat tetapi jangan over-sleep !
  2. Kekalkan jadual tidur. Contohnya, kalau dah tidur pukul 10malam, pastikan esok, lusa dan selamanya tidur waktu yang ditetapkan. Disiplin ni.
  3. Jangan paksa diri untuk tidur. Bagi masa untuk anda tenang dahulu baru masuk tidur
  4. Jangan ambil kafein di waktu malam. Mengada-ngada nak minum Nescafe pula, tak bagus
  5. Jangan minum alkohol ( For Non-malay)
  6. Jangan Merokok di waktu malam.
  7. Pastikan tempat tidur anda hanya untuk tidur dan bukannya buat kerja atau makan.hehe
  8. Jangan tidur dengan perut rasa lapar. Ini memang gangguan mental japgi
  9. Selesaikan masalah dan persoalan sebelum tidur
  10. Bersukan di petang hari
Dan yang paling penting sekali :
Kurangkan Facebooking sehingga lewat malam dan bermain game tak ingat dunia!



ps: Insomnia?Penyakit? Bagi saya, kalau kita mengamalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang, semua ini tidak akan terjadi. Kalau tak cari penyakit memang la tak dapat penyakit itu lah realiti kehidupan. hehehe
 




Selasa, 25 Januari 2011

X-Ray : Dashyatnya !

Apa dashyatnya ni?, X-ray biasa la tu tiap kali nak pergi medical check-up kena buat tetapi hari ini kita akan meninjau bilik x-ray bukan untuk medical check-up tapi disebabkan malapetaka, ape kes yang ada kat sini ye? Ngeri atau pelik, mari kita ZASSSSS...

Agak-agak macam mana la botol tu ada kat situ???

Pekerja buruh ni terlalu excited sampai kena paku dengan nail gun.

Dah la kena bayar buat operation, last-last tetinggal gunting kat situ. menderita 18 bulan der

Kepada sesiapa di luar sana,ini lah akibatnya bila tercucuk kunci

Ini dah kes lapar sangat kot sampai tertelan kunci.. gurlpp!

Ni ape kes ni sampai cincin pun telan ni, kalau tak nak kawin pun bagi la orang yang berkemampuan

Majulah sukan untuk negara. Tapi budak kat China ni dah jadi target pulak.
ps : Apa-apa pun anda lakukan ''UTAMAKAN KESELAMATAN'' okaayh!

Ini lain pula : drbOOk

Apa khabar semua dan selamat pagi. Sudah sarapan?. Harap-harap korang semua dah pekena roti canai dengan teh tarik, memang marbelous. Orait berbalik kepada topik kita di pagi ini, Semalam saya memaparkan serba sedikit mengenai laman web sosial 1malaysia tapi kini tengah hangat berbicara pasal drbook2u.com founded by Dr. Rozmey. Agak-agak sekarang ni memang musim semua tunjuk bakat masing-masing buat social networking website kot atau memang mengikuti perkembangan teknologi dan permintaan? apa-apa pun kita ZASSSS dulu snapshot www.drbook2u.com. muahahahahaha

ps: Apa-apa wa tak mau komen banyak. Setiap orang ade idea masing-masing, benda baik apa salahnya support, salah ke? Tak kena bayar pun der. Stay Tuned...hahaha

Isnin, 24 Januari 2011

Dah heboh da :1malaysia.com la !

Assalamualaikum dan selamat petang semua, hari ini saya nak buat heboh, kecoh pasal 1malaysia.com. Apa ke bendanya tu. 1 Malaysia  orang dah tahu tapi kali ni website 1 Malaysia?? Untuk apa? Ada apa?
Jadi biar kita mulakan mukadimah kita pada hari ini dengan melihat snapshot. mari kita ZASSSSSS!

Kalau facebook.com, welcome page dia tulis ''facebook helps you connect and share with the people in your life'' tetapi 1malaysia.com memaparkan ''connecting people to people''. Macam best ajee.Adakah ini salah satu social network? Apa-apa pun kita nantikan kehadiran ia ok. Stay tuned!

ps: www.1malaysia.com.my dengan www.1malaysia.com lain tau!

Khamis, 20 Januari 2011

Top 10 Combat Rifle

Senjata Rifle yang top meletop. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Kita start dari tangga ke-10 dahulu!!ZASSSS..
Top 10 - M14
Type: Semi or Fully Automatic Rifle
Caliber: 7.62 x 51 mm (.30 inch)
Muzzle Velocity: Approximately 2,799 feet per second
Rate of Fire: 700-750 rounds per minute  

Top 9 -STURMGEWEHR 44
 Type: Semi or Fully Automatic Assault Rifle
Country of Origin: Germany
Caliber: 7.92 x 33 mm
Cartridge Capacity: 30 rounds
Muzzle Velocity: Approximately 2,133 feet per second
Rate of Fire: 500 rounds per minute

Top 8 -  Type: Bolt-Action Rifle
Country of Origin: United States
Caliber: 7.62 x 63 mm (.30-06 inch)
Cartridge Capacity: 5 rounds
Muzzle Velocity: Approximately 2,700 feet per second
Rate of Fire: 10 rounds per minute
Top 7 - STEYR AUG
Type: Semi or Fully Automatic Bull-Pup Assault Rifle
Country of Origin: Austria
Caliber: 5.56 x 45 mm (.22 inch)
Cartridge Capacity: 30 and 42 rounds
Muzzle Velocity: Approximately 3,084 feet per second
Rate of Fire: 650 rounds per minute

Top 6 - MAUSER K98k CARBINE
Type: Bolt-Action Rifle
Country of Origin: Germany
Caliber: 7.92 x 57 mm (.30 inch)
Cartridge Capacity: 5 rounds
Muzzle Velocity: approximately 2,822 feet per second
Rate of Fire: 10-15 rounds per minute


Top 5 - FN FAL
Type: Semi or Fully Automatic Rifle
Country of Origin: Belgium
Caliber: 7.62 x 51 mm (.30 inch)
Cartridge Capacity: 20 rounds
Muzzle Velocity: Approximately 2,700 feet per second
Rate of Fire: 650-700 rounds per minute

Top 4- M1 GARAND
Type: Semiautomatic
Rifle Country of Origin: United States
Caliber: 7.62 x 63 mm (.30-06 inch)
Cartridge Capacity: 8 rounds
Muzzle Velocity: Approximately 2,838 feet per second
Rate of Fire: 30 rounds per minute


Top 3 - LEE-ENFIELD SMLE
Type: Bolt-Action Rifle
Country of Origin: United Kingdom
Caliber: 7.7 x 56 mm (.30 inch)
Cartridge Capacity: 10 rounds
Muzzle Velocity: approximately 2,438 feet per second
Rate of Fire: 15-20 rounds per minute 


Top 2 - M16
Type: Semi or Fully Automatic Assault Rifle
Country of Origin: United States
Caliber: 5.56 x 45 mm (.223 inch)
Cartridge Capacity: 20-30 rounds
Muzzle Velocity: Approximately 3,281 feet per second
Rate of Fire: 700-950 rounds per minute 


Top 1. AK-47
Type: Semi or Fully Automatic Assault Rifle
Country of Origin: Soviet Union
Caliber: 7.62 x 39 mm (.30 inch)
Cartridge Capacity: 30 rounds
Muzzle Velocity: 2,329 feet per second
Rate of Fire: 600 rounds per minute