Jumaat, 4 Februari 2011

Pilihan :Bayar saman PDRM atau kena Blacklist?

Hallo semua. Tetiba pulak teringat pasal saman polis hari ini, jadi hari ini saya nak share sikit tentang saman PDRM dan apa yang akan berlaku jika tidak jelaskan sebelum tempoh yang diberikan. Mari kita ZASSS ..

Saman disenaraikan hitam?
Apa yang disenarai hitam? Saman ekor der. (buat-buat lupa pulak haritu tekan pedal minyak cecah lantai). Untuk mengenalpasti kena atau tidak, perhatikan dekat saman itu, kalau ada 'BL' menandakan 'Bagus Laju' (BlackListed la tu). Untuk makluman tuan/puan semua, saman PDRM yang disenarai hitam ini boleh dijelaskan sebelum 28 Februari 2011.  Lagi satu, ini juga untuk mengelakkan dari dikenakan mata demerit kejara.


Jika ada saman ini? (BL)
Sementara tengah ada diskaun 50% (sila semak) , settle cepat-cepat jika berkemampuan.


Kalau tiada saman disenaraikan hitam?
Bagi pemilik kenderaan yang tak tekan pedal minyak habis(blacklisted) tak perlu risau TETAPI, jika ada saman yang tertunggak tu, kena jelaskan sebab nanti kalau nak renew roadtax boleh sampai 6 bulan sahaja.


Cara pembayaran saman ONLINE :
Tuan/Puan boleh bayar saman-saman-saman tersebut secara online di website MyEG.

PS: Lepas bulan Februari ni dah kena berjaga-jaga la nampak gayanya sebab takut kena saman. Apa-apapun u'all pandu cermat jiwa selamat yahh!