Ahad, 4 September 2011

Cara Tidur Yang Betul

Sebagai seorang manusia, tidur itu memang perlu kerana ia dapat merehatkan diri kita setelah bekerja seharian. Kita perlu tidur kerana semasa kita tidur akan memberi ruang kepada aktiviti pembentukkan sel baru. Seseorang itu perlu tidur tidak lebih dari 8 jam sehari. Badan akan menjadi lemah jika kita tidur lebih dari 8 jam.
Tahukah anda bahawa terdapat kategori cara kita tidur. Jadi, ini sedikit sebanyak dapat membantu kita seterusnya dapat ikutan mengenai cara tidur yang betul untuk manfaat kita bersama. Berikut adalah 4 cara tidur, jadi ikutlah cara yang betul :-

Tidur Para Nabi – Cara tidur para nabi adalah secara terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
Tidur Para Ulama & Ahli Ibadah – Mereka tidur secara miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk melakukan ibadah pada sebelah malam dan waktu dinihari.
Tidur Para Raja Yang Haloba – Cara tidur miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
Tidur Cara Syaitan – Tidur secara menelungkup atau tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Semoga ini dapat memberi panduan kepada kita mengenai cara tidur yang perlu dilakukan.