Khamis, 6 Januari 2011

Sebelum dan Selepas Kerja !

Beginikah anda selepas pulang dari kerja petang ini ?Harap-harap bukan ye. Jangan pagi je segak, cantik dan bergaya, dah petang jadi begini pula sebab tekanan dan bebanan kerja.  hihihihi

Rabu, 5 Januari 2011

Langkah-Langkah pabila diberhentikan

Salam 1 Malaysia semua. Apa khabar? hari ini kita bukannya ingin membincangkan langkah-langkah apabila diberhentikan kerja atau sekolah tapi topik kita pada hari ini ialah apabila diberhentikan Polis. Betul ke yang berhentikan kita tadi tu polis atau menyamar jadi polis saja? Jadi disini saya ingin menyelitkan beberapa langkah-langkah yang anda semua perlu lakukan bila saja dimana jua diberhentikan oleh polis. Bukannya apa tuan puan, sekarang ni ada polis betul dan polis tipu, kalau polis betul tidak mengapa, yang tak betul ni macammana? Keselamatan kita juga terancam!.
Jadi Mari kita ZASSSS apa langkah-langkahnyee :)


APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
1. Sekiranya anda diberhentikan polis dimana individu tersebut tidak memakai pakaian seragam polis, mula-mula minta kad kuasa beliau.

2. Dah dapat kad kuasa beliau, perhatikan kad kuasa tersebut. Kad kuasa polis ada 4 warna iaitu :

Kad warna Merah  : Anggota polis tersebut digantung. Jadi tak payah buang masa melayan kerana dia tak boleh buat apa-apa.

Kad warna Biru      : Polis berpangkat Inspektor dan ke atas

Kad warna Kuning : Polis yang berpangkat bawah inspektor

Kad warna Putih     : Polis simpanan

(Perhatikan nama dan nombor anggota polis pada kad kuasa polis)

3. Kalau diberhentikan oleh anggota polis yang lengkap berpakaian seragam, lihat nama dan nombor anggota polis tersebut di pakaiannya.

4. Jangan lupa tengok nombor plet kenderaan polis tersebut tidak kira kereta atau motosikal

APABILA DISOAL SIASAT KETIKA DIBERHENTIKAN
1. Serahkan pengenalan anda iaitu lesen memandu, kad pengenalan serta alamat sahaja, seandainya ditanya soalan-soalan lain, anda boleh bertanya, ''Adakah saya ditahan ?''

2.Anda boleh ditahan jika polis terbabit mengatakan ''Ya'' untuk soalan di atas, ATAU tangan anda telah digari, ATAU anggota polis terbabit tidak membenarkan anda meninggalkan tempat kejadian. Jika ini berlaku, anda diminta ke balai polis yang berhampiran sahaja.

3.Sekiranya anda tidak ditahan, anda boleh meninggalkan tempat terbabit tanpa segan silunya.

Sumber : BAR MALAYSIA

Harga Minyak dahulu dan Kini 2011

Harga Minyak Ron95
Asal        
RM 1.85

Baru - naik 5 sen
RM 1.90/ liter
Harga Minyak Ron97 - diapungkan kepada harga minyak semasa
Asal
RM 2.30 / liter

Baru - naik 10 sen
RM 2.40 / liter

Harga Minyak Tanah
Asal
RM 2.40 / liter

Baru- naik 10 sen
RM 2.50 / liter
ps: Semua orang mempersoalkan apabila harga minyak naik tapi sedarkah kita harga air mineral lagi mahal dari minyak. Setuju atau tidak? Apa pendapat anda?

Selasa, 4 Januari 2011

Tahun baru ? Azam baru la ni?

Tahun baru telah menjelma.Bermacam-macam gelagat yang dapat dilihat, ada yang dengan wajah baru, rambut baru, kasut baju, baju baru, handphone baru..haishh..macam-macam la, bak kata semua baru. Tapi mari kite ZASSS benda yang baru yang mungkin anda semua impikan tahun ini !


1. Kereta Baru !
Dah 30 tahun guna kereta lama dan inginkan kereta yang lebih sporty dan garang tahun ini ?
2.Rumah baru?
Rumah sekarang kecil dan mahukan yang besar gile? kalau boleh mengalahkan istana di dunia
3. Isteri/GF baru ? Suami/BF baru ?
Yang lama dah expired? mahu engine baru?hahaha


  ps : Kepada yang dah berkahwin atau yang dah ada GF, tak payah la cari lain kalau nak idup dengan lebih lama..hehe

 Amaran kpd Kaum Hawa : Jangan tergoda! ini gambar hiasan sahaja




       ps: Kalau pilih yang tough macam atas ni takpe, kalau dapat yang sekeping, takut lunyai je kena blasah dengan si suami atau BF!muahaha