Rabu, 5 Januari 2011

Langkah-Langkah pabila diberhentikan

Salam 1 Malaysia semua. Apa khabar? hari ini kita bukannya ingin membincangkan langkah-langkah apabila diberhentikan kerja atau sekolah tapi topik kita pada hari ini ialah apabila diberhentikan Polis. Betul ke yang berhentikan kita tadi tu polis atau menyamar jadi polis saja? Jadi disini saya ingin menyelitkan beberapa langkah-langkah yang anda semua perlu lakukan bila saja dimana jua diberhentikan oleh polis. Bukannya apa tuan puan, sekarang ni ada polis betul dan polis tipu, kalau polis betul tidak mengapa, yang tak betul ni macammana? Keselamatan kita juga terancam!.
Jadi Mari kita ZASSSS apa langkah-langkahnyee :)


APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
1. Sekiranya anda diberhentikan polis dimana individu tersebut tidak memakai pakaian seragam polis, mula-mula minta kad kuasa beliau.

2. Dah dapat kad kuasa beliau, perhatikan kad kuasa tersebut. Kad kuasa polis ada 4 warna iaitu :

Kad warna Merah  : Anggota polis tersebut digantung. Jadi tak payah buang masa melayan kerana dia tak boleh buat apa-apa.

Kad warna Biru      : Polis berpangkat Inspektor dan ke atas

Kad warna Kuning : Polis yang berpangkat bawah inspektor

Kad warna Putih     : Polis simpanan

(Perhatikan nama dan nombor anggota polis pada kad kuasa polis)

3. Kalau diberhentikan oleh anggota polis yang lengkap berpakaian seragam, lihat nama dan nombor anggota polis tersebut di pakaiannya.

4. Jangan lupa tengok nombor plet kenderaan polis tersebut tidak kira kereta atau motosikal

APABILA DISOAL SIASAT KETIKA DIBERHENTIKAN
1. Serahkan pengenalan anda iaitu lesen memandu, kad pengenalan serta alamat sahaja, seandainya ditanya soalan-soalan lain, anda boleh bertanya, ''Adakah saya ditahan ?''

2.Anda boleh ditahan jika polis terbabit mengatakan ''Ya'' untuk soalan di atas, ATAU tangan anda telah digari, ATAU anggota polis terbabit tidak membenarkan anda meninggalkan tempat kejadian. Jika ini berlaku, anda diminta ke balai polis yang berhampiran sahaja.

3.Sekiranya anda tidak ditahan, anda boleh meninggalkan tempat terbabit tanpa segan silunya.

Sumber : BAR MALAYSIA