Isnin, 17 Januari 2011

YKK di ZIP seluar anda?

 Tempoh hari kita telah membaca beberapa fakta yang menarik dan saya pasti anda semua mesti sedang melihat zip masing-masing bila membaca pasal zip YKK.  Kali ini kita akan slowtalk pasal YKK. Apa YKK ni? Adakah nama kilang? Nama tempat? Sebenarnya tuan/puan, YKK ini diambil dari nama orang Jepun iaitu 'Tadao Yoshida' yang bermaksud  "Yoshida Kogyo Kabushikikaisha". ....belit-belit lidah menyebutnya

Sooo... Jom kita ZASSS sikit gambar Tadao Yoshida :

Tadao Yoshida adalah founder kepada syarikat YKK


Pada tahun 1934, Tadao Yoshida menubuhkan Yoshida Kogyo Kabushikikaisha. Syarikat pengeluar zip terkemuka di dunia ini membuat sekitar 90% dari seluruh zip di lebih daripada 206 kilang di 52 negara. Kilang mereka yang terbesar di Georgia membuat lebih dari 7 juta zip setiap hari.
Yoshida mengutamakan prinsip beliau iaitu  ''Kitaran Kebaikan", yang bermaksud ''Tidak ada yang makmur kecuali ia membuat manfaat bagi orang lain." Menggunakan prinsip ini, beliau berupaya untuk mencipta zip terbaik yang tahan lebih lama.