Rabu, 26 Januari 2011

Insomnia: Realiti kehidupan atau Penyakit?

Hello u'all? Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit pasal Insomnia ni disebabkan saya pun tengah buat research untuk paper sikit. Sharing is caring rite?. Jadi sesiapa yang mempunyai maklumat pasal entri kali ini. Bolehla berkongsi dengan saya, emelkan saja. Insomnia? Anda pernah dengar tak? Tahu ape dia insomnia?Ok mari kita ZASSSSSS



 Apa itu Insomnia ?
Insomnia ditakrifkan sebagai kesukaran untuk tidur atau mengekalkan tidur untuk suatu jangka masa. Ia disebabkan oleh kurangnya kualiti dan kuantiti tidur yang diperlukan. Insomnia boleh terjadi kepada setiap lapisan masyarakat tidak kira yang muda atau tua dan kes yang selalu terjadi selalunya melibatkan orang dewasa. Secara umumnya, perempuan selalunya akan alami berbanding lelaki. Penyakit? Kalau dah main game dan melayari internet sampai ke pagi itu cari penyakit namanya. hehe
3 Jenis Insomnia
  • Jangka Sementara (Insomnia berlaku satu minggu atau kurang)
  • Jangka Pendek ( Insomnia berlaku lebih satu minggu tapi dapat diselesaikan kurang dari tiga minggu)
  • Jangka Panjang(Insomnia lebih dari tiga minggu. Ini tahap kronik)
Punca Insomnia ?
  1. Penceraian atau perpisahan
  2. Kematian seseorang
  3. Faktor persekitaran ( Panas, Sejuk, Bising, Sunyi )
  4. Faktor Kesihatan (Demam, Mengandung, Period, Obesiti)
  5. Penggunaan Dadah
  6. Merokok
  7. Alkohol
  8. Penggunaan Kafein sebelum tidur
  9. Stress
  10. Ubat tertentu
  11. Kerja Syif yang tidak menentu 
 Macam mana nak tahu ada ke tak?
Gejala Imsomnia
  1. Mood yang berubah-ubah
  2. Tidak bertenaga
  3. Sakit kepala
  4. Kurang fokus dan perhatian di tempat kerja
  5. Penurunan prestasi kerja
  6. Mengantuk di waktu siang
  7. Penat di waktu siang

Cara atasi Insomnia ? 
  1. Tidur sebanyak mungkin untuk berehat tetapi jangan over-sleep !
  2. Kekalkan jadual tidur. Contohnya, kalau dah tidur pukul 10malam, pastikan esok, lusa dan selamanya tidur waktu yang ditetapkan. Disiplin ni.
  3. Jangan paksa diri untuk tidur. Bagi masa untuk anda tenang dahulu baru masuk tidur
  4. Jangan ambil kafein di waktu malam. Mengada-ngada nak minum Nescafe pula, tak bagus
  5. Jangan minum alkohol ( For Non-malay)
  6. Jangan Merokok di waktu malam.
  7. Pastikan tempat tidur anda hanya untuk tidur dan bukannya buat kerja atau makan.hehe
  8. Jangan tidur dengan perut rasa lapar. Ini memang gangguan mental japgi
  9. Selesaikan masalah dan persoalan sebelum tidur
  10. Bersukan di petang hari
Dan yang paling penting sekali :
Kurangkan Facebooking sehingga lewat malam dan bermain game tak ingat dunia!



ps: Insomnia?Penyakit? Bagi saya, kalau kita mengamalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang, semua ini tidak akan terjadi. Kalau tak cari penyakit memang la tak dapat penyakit itu lah realiti kehidupan. hehehe