Selasa, 28 Disember 2010

Apa yang anda perlu tahu tentang STRESS ?

APA ITU STRESS?
Stres adalah tekanan yang wujud hasil tindak balas antara persekitaran kerja, beban kandungan kerja, keadaan organisasi, keupayaan pekerja, faktor sosio budaya dan faktor peribadi.  Tindakbalas yang negatif akan mengakibatkan gangguan emosi, masalah tingkah laku, perubahan biokimia dan hormon.  Keadaan ini menambahkan lagi risiko penyakit mental dan fizikal.

Anda begini setiap hari ?
 Perlukan rawatan ??
Cuba ini pula ???


8 Punca Stres  
1)     Pertentangan nilai moral dan etika di antara sikap manusia atau rakan sekerja. 
2)     Masalah komunikasi yang tidak berkesan samada dengan ahli keluarga atau rakan sekerja. 
3)     Perubahan dalam bidang sains dan teknologi kerja seharian seperti penggunaan peralatan moden tetapi tidak didedahkan kepada pekerja. 
4)     Kurang latihan yang sesuai dengan kerja akan mewujudkan jurang antara pekerja yang berpengalaman dan berkelayakan. 
5)     Sistem pengurusan kerja yang tidak berkesan. 
6)      Kurangnya kawalan keselamatan kerja 
7)     Kurangnya penghargaan dari organisasi dan peluang bagi menonjolkan potensi diri. 
8)     Tempat kerja yang bising, merbahaya tidak teratur dan sesak.

Langkah mengatasi Stres
1.       Di tempat kerja
·         Mengendalikan masa dengan bijak dan mengutamakan kerja yang lebih penting.
·         Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur, merancang perubahan yang berlaku secara teratur dan bersedia untuk belajar.
·         Meluahkan pendapat secara tepat, tegas, sopan dan jelas serta menghormati pandangan rakan sekerja.

2.     Di rumah atau bersama keluarga.
·         Amalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain dalam melakukan kerja rumah
·         Bersedia mendengar masalah yang dihadapi oleh ahli keluaraga serta membantu mereka mencari jalan penyelesaiannya.
·         Tidak membawa kerja pejabat balik ke rumah.
·         Meluangkan lebih masa bersama keluarga dan membawa mereka bersiar-siar pada hujung minggu.

3.   Merancang kewangan
·         Elakkan berhutang agar ia tidak menjadi bebanan untuk membayar balik.
·         Rancang kewangan dan perbelanjaan dengan teliti dan mengutamakan keperluan yang lebih penting.
·         Jika pendapatan masih tidak cukup, cari peluang kerja untuk mendapatkan  pendapatan sampingan.

4.   Mengekalkan tahap kesihatan
·         Jauhi pengambilan alkohol, rokok dan dadah.
·         Sentiasa berjumpa doktor jika mengalami gangguan kesihatan.

 Effects Of Stress
click utk enlarge (+)