Rabu, 1 Disember 2010

Menjaga Kereta ?





Setiap pemandu harus menitikberatkan penjagaan kereta untuk mengelakkan kereta mengalami kerosakan dan seterusnya membuat diri kita cuak bila nak bawak jalan jauh-jauh. Tips yang saya beri ni senang je nak 'follow', mungkin lepasni tak payah serabut kepala otak dan meneruskan perjalanan anda dengan hati yang tenang. Penjagaan di bahagian engin juga penting untuk mengekalkan kelancaran engin bekerja dan prestasi engin. Teruskan membaca 10 langkah-langkah menjaga kereta yang saya rasa tak susah nak buat pun  :-

1. Bila keluar saja pergi kemana2, mula-mula try 'usha' setiap penjuru dan sudut kereta. Perhatikan tayar cukup ke tidak angin. Pastikan tiada mayat dan bangkai haiwan yang melekat.

2. Sebelum start henjin, bagi bunyi 'tiiiit tiiit tiitt' habis dulu atau pun ada simbol kat dashboard 'Check Engine' padam dan baru start henjin ( Bagi kete yang ade 'push start button' atau 'turbo timer',pandai2 la kete tu nanti)

3. Hidupkan enjin dan tunggu sehingga enjin 'rev' pada kadar RPM dan tiada bunyi di bahagian engin
4. Bila enjin dah hidup, jangan terus jalan. Test tekan brek dan lepas, kemudian jalan ke depan sikit dan tekan lagi brek, jika kereta berhenti, baru boleh teruskan jalan.


5. Buka penutup minyak brek, penutupnya selalu tertulis Dot3/Dot4 pastikan minyaknya mencukupi.

6. Cari jarum pemeriksa minyak enjin, omputih panggil 'dip stick'. Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut kemudian masukkan kembali jarum tu. Biar lima saat pastu cabut balik. Minyak perlu berada di paras antara maksimum dan minimum. Kalau bawah daripada minimum masukkan sedikit minyak enjin sehingga ke paras tersebut. Ada tulis F dan L. F tu cantik lagi,kalau diparas L tu kritikal.
7. Dua minggu sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan angin mengikut saiz tayar masing-masing, sila rujuk buku manual atau tepi tayar. Periksa juga tekanan tayar simpanan.
8. Setiap 6 bulan pergi ke kedai tayar buat 'balancing' dan kalau ada duit lebih buat juga 'allignment'
9. Setiap 5000/7000/10000km pergi ke workshop, tukar minyak enjin (mineral,semi,fully), tukar penapis minyak setiap dua kali tukar minyak enjin dan tukar spark plug setiap tiga kali tukar minyak enjin.

10.Akhir sekali, setiap minggu, 2 atau 3 minggu sekali pergi basuh dan vakum kereta di kedai2 yang berhampiran. Tak pun tarik paip dan mulakan senaman regangan.hihiihi
Selamat beramal!