Khamis, 23 Disember 2010

Resipi Petang Ini- PANCAKES

EEeeeuwww..AMARAN: gambar hiasan SAHAJA. hahaha
Selamat Petang semua..disini saya nak kongsi kepada tuan-tuan dan puan-puan resipi pada petang ini. Pada petang yang indah ni saya akan beri resipi 'pancakes'. PANCAKES??!#@$^&*&...pancakes ape petang2 ni. Aishh tuan puan ni, tidak kira di waktu pagi atau petang. Resipi ni boleh di gunakan janji boleh masuk perut kenyang sudah!.
Tanpa membuang masa...mari kita ZASSS resipinya :-)

Resipi Pancakes
2 biji Telur
6 Camca besar Gula
1 Cawan Susu
2 Cawan Tepung
1 Camca besar serbuk penaik
3 Camca besar mentega

Cara Membuatnya : (dengar ha dengarr )
  1. Pukul telur dalam mangkuk/bekas besar sehingga kembang sikit
  2. Masukkan gula pastu pukul lagi sampai kembang
  3. Masukkan susu sikit-sikit pastu sambung pukul lagi 
  4. Masukkan tepung dulu pastu disertakan serbuk penaik, pukul ke dalam adunan tadi tu
  5. Cairkan mentega dan tuangkan ke dalam adunan tadi
  6. Tak reti2 panaskan dapur..hehe
*Jangan pukul menggunakan tangan dan kaki tapi menggunakan peralatan yang disahkan selamat dan dibenarkan untuk membuat kek..hihi

Haa...ini la rupanya  selepas siap ; jeng jeng jeng
bolehla..aku tengah lapar ni.hehe
topping : madu dan strawberry syrup from cameron highland